Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian penyeliaan penyelidikan pelajar pasca ijazah

Abdul Ghani, Hanani Izzah (2007) Penilaian penyeliaan penyelidikan pelajar pasca ijazah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
201kB

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai penyeliaan penyelidikan pelajar pasca ijazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Ia melibatkan 12 aspek iaitu permulaan pengajian, budaya penyelidikan, sumber dan kemudahan, pemilihan topik dan program pengajian, perhubungan dan penglibatan, tesis, bimbingan, komunikasi interpersonal, maklum balas, kepakaran, perkembangan profesional, dan pelbagai. Sampel kajian melibatkan 103 orang pelajar pasca ijazah yang sedang menjalankan penyelidikan. Kajian menggunakan soal selidik Evaluation of Postgraduates Supervision (SEPS) yang diadaptasi daripada Queensland University of Technology (QUT). Kajian menggunakan sebanyak 9 persoalan kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan pelajar berpuas hati dengan penyeliaan yang diterima kecuali bagi aspek sumber dan kemudahan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan permulaan pengajian, perhubungan dan penglibatan dan kepakaran penyelia. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengajian dengan pemilihan topik dan program pengajian. Dicadangkan agar penyelia dibekalkan dengan latihan dan bimbingan yang secukupnya sementara itu pelajar didedahkan dengan bidang yang diminati, penyelia yang berpotensi dan sumber-sumber dan kemudahan yang boleh digunakan untuk memulakan pengajian.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Dr. Hamdan Bin Said
Uncontrolled Keywords:Evaluation of Postgraduates Supervision (SEPS), Queensland University of Technology (QUT)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6559
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:24 Sep 2008 03:27
Last Modified:25 Jul 2018 07:59

Repository Staff Only: item control page