Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Personaliti pelajar tingkatan dua dan hubungannya dengan pencapaian akademik

Yong, Chooi Yean (2007) Personaliti pelajar tingkatan dua dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia,Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
344kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara personaliti pelajar tingkatan dua dengan pencapaian akademik mereka. Seramai 300 orang sampel kajian telah dipilih secara rawak kelompok. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan dua di sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 160 item. Alat kajian yang digunakan ialah Inventori Personaliti Sidek. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tingkatan dua di daerah Batu Pahat mempunyai trait-trait agresif, autonomi, bergantung, ketahanan, kritik diri, menolong, struktur dan pencapaian pada tahap yang tinggi. Pelajar-pelajar ini mempunyai trait-trait analitikal, ekstrovert, intelektual, introvert, kepelbagaian, mengawal dan sokongan pada tahap yang sederhana. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan tetapi sederhana di antara trait analitikal dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar ini (r=.528). Analisis Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi amat rendah di antara trait-trait intelektual (r=.291), kepelbagaian (r=.166), mengawal (r=.171) dan pencapaian (r=.103) dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar ini. Berdasarkan hasil dapatan daripada kajian ini, beberapa cadangan yang relevan telah dimajukan.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Mohamad Najib bin Abdul Ghafar
Uncontrolled Keywords:SPSS, academic achievement, Pearson Correlation Analysis
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6558
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:24 Sep 2008 03:20
Last Modified:03 Aug 2018 08:48

Repository Staff Only: item control page