Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi, minat dan faktor-faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sebuah sekolah menengah di daerah Johor Bahru

E., Pei Sze (2007) Persepsi, minat dan faktor-faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sebuah sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
264kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi, minat dan faktor-faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sebuah sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Seramai 100 responden dipilih secara rawak kelompok, terdiri daripada pelajar tingkatan empat. Satu set soal selidik yang mengandungi 52 item pernyataan digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan Program SPSS (Statistical Pakage For Social Science) bagi mendapatkan Peratusan dan min. Persoalan yang dikaji ialah untuk mengetahui apakah persepsi responden terhadap aktiviti kokurikulum dan pengurusan aktiviti kokurikulum. Selain itu, adakah faktor minat, rakan sebaya, ibu bapa dan guru mempengaruhi penglibatan responden dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian telah menunjukkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum lebih didorong oleh faktor ibu bapa, diikuti oleh faktor rakan sebaya dan akhir sekali faktor guru. Di samping itu, menurut kajian didapati pelajar India merupakan kaum yang paling kuat dipengaruhi oleh ibu bapa terhadap aktiviti kokurikulum.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Yusof Bin Boon
Uncontrolled Keywords:co-curriculum activity, secondary school, SPSS software
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6557
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:24 Sep 2008 03:09
Last Modified:30 Jul 2018 08:39

Repository Staff Only: item control page