Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru sains di sekolah menengah daerah Muar, Johor

Yahaya, Radi (2007) Amalan penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru sains di sekolah menengah daerah Muar, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
143kB

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik ke atas 16 buah sekolah menengah di daerah Muar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan penyeliaan dan tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran di dalam bilik darjah dan melihat adakah penyeliaan yang dijalankan menggunakan pendekatan klinikal. Sebanyak 89 set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains. Kajian rintis dijalankan menggunakan kaedah Alpha Cranbach bagi menentukan kebolehpercayaan instrument kajian. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisa menggunakan perisian “Statistical Package For Social Sciences� (SPSS 14.0 for windows). Ujian t dan ujian F (ANOVA sehala) pada aras α = 0.05 digunakan dalam menjawab persoalan. Min, kekerapan dan peratusan juga digunakan dalam menganalisis data. Kajian mendapati tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan adalah positif dan amalan penyeliaan menggunakan pendekatan klinikal yang melibatkan tiga fasa utama ; sebelum, semasa dan selepas penyeliaan di sekolah-sekolah kajian didapati pada tahap tinggi.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Yusof bin Boon
Uncontrolled Keywords:Alpha Cranbach, SPSS, ANOVA
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6555
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:24 Sep 2008 02:43
Last Modified:03 Aug 2018 08:48

Repository Staff Only: item control page