Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pelajar pelbagai gaya pembelajaran terhadap penerapan strategi metakognitif guru

Lay, Ah Nam (2007) Persepsi pelajar pelbagai gaya pembelajaran terhadap penerapan strategi metakognitif guru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
206kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi pelajar pelbagai gaya pembelajaran terhadap strategi penerapan strategi metakognitif yang dilaksanakan oleh guru, dan menentukan sama ada terdapat perbezaaan persepsi pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran berbeza. Gaya pembelajaran merujuk kepada jenis visual, auditory, tactual dan kinesthetic dalam Model Dunn dan Dunn. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Subjek kajian terdiri daripada 294 pelajarpelajar Tingkatan Empat yang dipilih secara rawak dari tujuh buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi penerapan strategi metakognitif yang dilaksanakan oleh guru adalah pada tahap menghampiri tahap sederhana. Kajian juga mendapati gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar ialah kinesthetic. Analisis varian (ANOVA) satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam persepsi antara pelajar visual, auditory, tactual dan kinesthetic terhadap strategi penerapan strategi metakognitif yang dilaksanakan oleh guru.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Kimia) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Aziz bin Nordin
Uncontrolled Keywords:metacognitive teacher, kinesthetic, ANOVA
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6553
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:24 Sep 2008 02:31
Last Modified:30 Jul 2018 08:39

Repository Staff Only: item control page