Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tingkahlaku penagihan semula punca-punca penagihan dan pemulihan kerohanian menurut perspektif Islam

Mohamed, Adam (2006) Tingkahlaku penagihan semula punca-punca penagihan dan pemulihan kerohanian menurut perspektif Islam. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
600kB

Abstract

Penyelidikan ini telah dijalankan di Rumah Bakti Kasih, Persatuan Pengasih Malaysia di Muar, Johor ke atas 45 orang responden yang sedang mengikuti program pemulihan penagihan dadah. Kajian telah memfokuskan tingkahlaku penagihan semula dadah ( relapse ) dari aspek punca dan langkah-langkah pemulihan kerohanian diri penagih. Penyelidikan ini telah menggunakan kaedah kualititatif dan kuantititatif. Kaedah kuantititatif telah menggunakan soal selidik dengan tujuan mengenal pasti sejauhmana latar belakang keluarga dan pendidikan, hubungan kemasyarakatan dan rakan sebaya sebagai faktor yang mempengaruhi relapse. Manakala sesi temubual berfokus, bertujuan menganalisa data kualititatif terhadap kes kajian. Hasil temubual dianalisa dengan menggunakan perisisan Atlas–ti dan data soal selidik dianalisa dengan SPSS. Dapatan penyelidikan mendapati sokongan moral, penghayatan kerohanian yang konsisten daripada anggota keluarga dan masyarakat setempat serta rakan-rakan senasib membantu menghindari relapse. Walaubagaimanapun, responden akan mudah relapse seandainya tidak memiliki jati diri dan ketahanan mental yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan sebahagian besar yang terlibat dalam program jemaah tabligh telah berjaya menghindari diri daripada penagihan semula. Implikasi dan cadangan untuk penambahbaikan kaedah pemulihan relapse telah dibincangkan di akhir kajian.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) - Universiti Teknologi Malaysia, 2006; Supervisor : Dr. Mohammed Syarif bin Mustaffa
Uncontrolled Keywords:SPSS, Rumah Bakti Kasih
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6552
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:24 Sep 2008 02:13
Last Modified:27 Sep 2018 04:01

Repository Staff Only: item control page