Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian mengenai pelajar pencapaian tinggi dan pelajar pencapaian sederhana dalam penyelesaian masalah sains dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

Lee, Shuh Shing (2006) Kajian mengenai pelajar pencapaian tinggi dan pelajar pencapaian sederhana dalam penyelesaian masalah sains dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
819Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap penyelesaian masalah pelajar pencapaian tinggi dan pelajar pencapaian sederhana bagi topik haba dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Kajian ini juga meninjau pengalaman pelajar mempelajari sains dalam bahasa Inggeris. Soal selidik telah digunakan dalam kajian ini dan telah diedarkan kepada 354 pelajar tingkatan Dua di dua buah sekolah di Johor Bahru. Kajian yang dijalankan menggunakan dua set soalan, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, yang ditadbir pada hari yang berlainan. Soal selidik mengandungi tiga bahagian: latar belakang pelajar, pengalaman mempelajari sains dan juga soalan penyelesaian masalah. Dalam pengalaman mempelajari sains, keputusan menunjukkan pelajar pencapaian sederhana lebih memahami pelajaran sains yang diajar dalam bahasa Melayu berbanding dengan pelajar pencapaian tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar jarang menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian. Keputusan tahap penyelesaian masalah pula menunjukkan pelajar pencapaian sederhana adalah kurang memuaskan dibandingkan dengan pelajar pencapaian tinggi. Ini mungkin disebabkan penguasaan bahasa Inggeris mereka yang lemah. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah dalam menjawab soalan amali bertulis. Daripada analisis korelasi, keputusan kajian juga menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang ditunjukkan dalam pencapaian ujian bahasa Inggeris mempengaruhi pencapaian penyelesaian masalah. Selain daripada itu, pengalaman mempelajari sains dalam bahasa Inggeris juga serba sedikit mempengaruhi tahap penyelesaian masalah pelajar. Secara umumnya, kajian mendapati bahawa ramai pelajar menghadapi masalah dalam memberi penerangan dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini dapat dilihat melalui kesilapan-kesilapan mereka dalam menyelesaikan masalah sains dalam bahasa Inggeris.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Kimia) - Universiti Teknologi Malaysia, 2006; Supervisor : Assoc. Prof. Aziz bin Nordin
Uncontrolled Keywords:high achiever students, moderate achiever student, solving problem.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6537
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:23 Sep 2008 02:53
Last Modified:13 Jan 2011 02:05

Repository Staff Only: item control page