Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah luar bandar, Sabah

Rashid, Rasidah (2007) Hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah luar bandar, Sabah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
79kB

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran pelajar dengan motivasi Kajian ini melibatkan seramai 135 orang responden yang terdiri daripada 64 orang lelaki dan 71 orang perempuan pelajar Tingkatan 4, SMK Bongawan 1, Daerah Membakut Sabah. Statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis taburan. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi pearson, digunakan untuk menunjukkan hubungan pembolehubah gaya pembelajaran pelajar dengan motivasi. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima mata bagi mengukur tiga kategori gaya pembelajaran dan skala empat mata bagi mengukur motivasi pelajar. Tiga kategori gaya pembelajaran oleh model VAK adalah kategori visual, auditori dan kinestetik. Dua aspek motivasi pelajar adalah intrinsik dan ekstrinsik.. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.82. Dapatan kajian mendapati kategori auditori (min 3.81, SP = 0.91) adalah gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh responden kajian. Kategori yang kedua adalah kategori kinestetik (min 3.77, SP = 0.98), diikuti ketiga ialah kategori visual (min 3.43, SP = 0.97). Hasil ujian korelasi menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang siginifikan, antara gaya pembelajaran pelajar dengan motivasi (r = 0.212, p = 0.013) pada aras signifikan a = 0.05.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Dr. Yeo Kee Jiar
Uncontrolled Keywords:Sabah, learning style, motivation
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6527
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:22 Sep 2008 08:38
Last Modified:30 Jul 2018 08:39

Repository Staff Only: item control page