Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengenalpasti keperluan latihan bagi pengetua dan guru-guru penolong kanan 1 di sekolahsekolah menengah zon Pasir Gudang berdasarkan analisis tugas

Husain, Mohd Zairi (2007) Mengenalpasti keperluan latihan bagi pengetua dan guru-guru penolong kanan 1 di sekolahsekolah menengah zon Pasir Gudang berdasarkan analisis tugas. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
167kB

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti keperluan latihan bagi Pengetua dan Guru-Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah-Sekolah Menengah Zon Pasir Gudang berdasarkan analisis tugas. Selain itu kajian ini ingin melihat hubungan demografi dengan dua tahap iaitu tahap kepentingan dan tahap kesukaran dalam menjalankan tugas sebenar mereka. Seramai 50 orang responen telah dipilih secara rawak daripada 64 orang populasi untuk menjawab soal selidik dan data yang diperolehi telah diproses menggunakan program SPSS versi 10.05. Soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A tentang ciri-ciri demografi, manakala Bahagian B keadaan-keadaan yang mempengaruhi tahap kesukaran dan mengenai tahap kepentingan dalam analisis kerja semasa dan yang diharapkan oleh pihak organisasi. Dapatan kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik iaitu peratus, kekerapan, min, sisihan lazim, jadual silang dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan semua dimensi keperluan latihan berada pada tahap sederhana. Hipotesis yang telah diuji mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan keperluan latihan dengan semua latar belakang yang dikaji dari segi jantina, umur, tempoh perkhidmatan, status perkahwinan, pendapatan dan taraf pendidikan. Hasil dapatan kajian ini telah memberi gambaran bahawa responden memerlukan latihan kepimpinan yang lebih berbanding dengan tugas pengurusan yang lain. Ini adalah kerana kebanyakkan responden mempunyai bidang tugas yang sentiasa rapat dengan pekerja bawahan bagi memantau dan membimbing mereka. Manakala bidang perancangan paling kurang diperlukan oleh responden. Kesimpulan dalam kajian ini, walaupun terdapat perbezaan latar belakang di kalangan responden dari segi demografi namun dari pandangan mereka terhadap latihan adalah sama dan menyatakan bahawa latihan amat perlu dan penting dalam meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Tn. Hj. Hassan Bin Hushin
Uncontrolled Keywords:SPSS, secondary school, Pasir Gudang
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6526
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:22 Sep 2008 08:27
Last Modified:30 Jul 2018 08:39

Repository Staff Only: item control page