Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sains tingkatan empat di daerah Kulai

Kamrin, Sarimah (2007) Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sains tingkatan empat di daerah Kulai. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
749kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar aliran Sains tingkatan empat di Daerah Kulai. Seramai 269 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 116 orang pelajar lelaki dan 153 orang pelajar perempuan dari lima buah sekolah menengah di Daerah Kulai. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini berumur antara 16 tahun hingga 17 tahun. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal-A (WGCTA-A) (adaptasi dari Sabaria, 2003) yang mengandungi 80 item. Bentuk kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan menggunakan kaedah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan lazim dan peratusan serta statistik inferensi Korelasi Spearman’s Rho dan ANOVA satu hala. Dapatan kajian menunjukkan Tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar Sains tingkatan empat di Daerah Kulai secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana (50.41%). Melalui analisis korelasi Spearman’s Rho dua hujung menunjukkan nilai koefisien korelasi .052. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sangat rendah di antara Kemahiran Berfikir Kritis pelajar Sains tingkatan empat dengan Pencapaian Sains PMR. Walau bagaimanapun hubungan ini tidak bererti pada aras .05. Ini menunjukkan bahawa tiada hubungan yang bererti antara tahap Kemahiran Berfikir Kritis dengan pencapaian Sains PMR. Analisis ANOVA satu hala secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis (inferens, mengusul periksa andaian, deduksi, interpretasi dan penilaian hujah) yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR, jantina dan etnik. Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa proses P&P perlu memberikan penekanan kepada proses penerapan kemahiran berfikir agar pelajar dapat meningkatkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis mereka.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Fizik)- Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof Dr Shaharom Bin Noordin
Uncontrolled Keywords:Kulai, ANOVA
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6518
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:22 Sep 2008 01:53
Last Modified:27 Sep 2018 04:01

Repository Staff Only: item control page