Ali, Asiah and Md Rahim, Irkhaniza and Mustaffa, Mohamed Sharif (2008) Peranan komunikasi dalam hubungan kekeluargaan. In: Seminar Kaunseling Keluarga, 30 Ogos 2008, Johor Bahru, Malaysia.
|
PDF
160Kb |
Abstract
Berkomunikasi merupakan proses bagaimana seseorang individu berkongsi pengalaman dan berhubung dengan individu lain. Setiap individu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tersendiri. Apabila seseorang itu menyampaikan pengalaman dan pengetahuan mereka kepada orang lain, maka itu dinamakan komunikasi. Komunikasi dalam keluarga ini merupakan proses individu bertukartukar pengalaman dan pengetahuan kepada individu yang sering mereka berhubung. Secara keseluruhannya, kertas kerja ini akan membincangkan peranan komunikasi dalam hubungan kekeluargaan dari sudut komunikasi yang positif untuk menyampaikan sesuatu maksud. Penulisan ini cuba menjelaskan kepentingan komunikasi dalam pembentukan sebuah keluarga yang bahagia berdasarkan kepada situasi masyarakat kini yang sedang mengalami perubahanperubahan besar akibat proses permodenan dan pembangunan ekonomi. Oleh yang demikian, institusi kekeluargaan akan lebih kukuh seandainya suami, isteri ibu bapa dan anakanak pandai berkomunikasi sehingga menyebabkan keseluruhan ahli keluarga merasakan dirinya dicintai, dikasihi, dihargai dan dimuliakan.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 6509 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 18 Sep 2008 05:21 |
| Last Modified: | 01 Jun 2010 15:43 |
Repository Staff Only: item control page

