Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan perkhidmatan kaunseling keluarga di Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor.

Mohd Mustiman, Abd Rahim and Jamal, Noriani and Tee, Chia Leng and Mustaff, Mohamed Sharif (2008) Amalan perkhidmatan kaunseling keluarga di Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor. In: Seminar Kaunseling Keluarga, 30 Ogos 2008, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
194Kb

Abstract

Kebajikan sosial adalah elemen penting dalam menentukan keharmonian kehidupan masyarakat kerana merupakan inti kepada konsep pembangunan sosial masyarakat negara. Mengikut Midgley (1995), pembangunan sosial adalah “….. a process of planned social change designed to promote the wellbeing of the populations as a whole in conjuction with a dynamic process of economic development…�. Berdasarkan Adriaansens, 1994; Fraser & Gordon, 1994; Midgley, 1995, secara teorinya kebajikan masyarakat menyediakan rakyat dengan keadaan persekitaran yang selamat, kepuasan menyeluruh terhadap penyediaan keperluan asas dan memaksimumkan peluang mobility. Dengan itu, masyarakat bebas untuk membangunkan potensi diri, terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan dan seterusnya dapat menyumbang kepada masyarakat. Menurut Rahimah dan Mohamed Yusof, 2002, pada umumnya, tahap kehidupan masyarakat di Malaysia telah meningkat dengan agak baik, hasil kadar pertumbuhan ekonomi yang baik. Walau bagaimanapun, pertumbuhan tersebut tidak dapat mengenalpasti kualiti sosial sehingga terdapat segolongan insan yang terpinggir kerana tidak dapat menikmati kehidupan sosial dengan berkesan. Di Malalaysia, amalan kerja sosial lebih dikaitkan dengan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Di samping itu, JKMM dikatakan merupakan agensi terbesar kerja sosial yang menggunakan tidak kurang daripada 3000 orang pekerja ketika ini. Ekoran daripada itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji peranan JKMM, kekuatan dan kelebihan bagi aktiviti, program yang telah dijalankan serta isuisu yang timbul atau cabaran–cabaran yang dihadapi dalam proses melaksanakan tanggungjawab dan tugas. Cadangan-cadangan juga akan diutarakan dengan harapan dapat memperkasakan dan memartabatkan lagi kedudukan dan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam mencapai matlamat demi kesejahteraan masyarakat umum.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6508
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Sep 2008 05:22
Last Modified:01 Jun 2010 15:43

Repository Staff Only: item control page