Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepuasan kerja guru-guru aliran pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah-sekolah menengah teknik di negeri Johor Darul Takzim

Woo, Yoke Ling (2007) Kepuasan kerja guru-guru aliran pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah-sekolah menengah teknik di negeri Johor Darul Takzim. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

5Mb
[img] PDF (Abstract)
43Kb
[img] PDF (Table Of Content)
146Kb
[img] PDF (1st Chapter)
179Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru teknikal dan vokasional di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti pengaruh faktor demografi guru-guru teknikal dan vokasional terhadap kepuasan kerja dalam lima dimensi pekerjaan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepentingan lima dimensi dalam pekerjaan mengikut susunan keutamaan. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 326 orang guru-guru teknikal dan vokasional dari 10 buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kuantitatif di mana data dikumpul melalui soal selidik Job Descriptive Index (JDI). Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen JDI yang digunakan ialah 0.8982. Secara keseluruhannya guru-guru teknikal dan vokasional adalah berada pada tahap kepuasan yang sederhana dengan capaian tahap kepuasan yang tinggi dalam tiga dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, penyeliaan, dan rakan sekerja. Bagi dimensi gaji dan peluang kenaikan pangkat pula, responden hanya berada pada tahap kepuasan sederhana sahaja. Hasil kajian juga menunjukkan kepuasan kerja guru-guru teknikal dan vokasional adalah dipengaruhi oleh faktor demografi mereka. Bagi susunan kepentingan lima dimensi dalam pekerjaan pula, dimensi peluang kenaikan pangkat dan gaji adalah amat dititikberatkan oleh guru-guru teknikal dan vokasional. Seterusnya diikuti dengan dimensi penyeliaan, keadaan pekerjaan pada masa sekarang, dan rakan sekerja yang merupakan dimensi-dimensi yang kurang dipentingkan oleh para guru teknikal dan vokasional.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007: Supervisor : Cik Sarimah Binti Ismail
Uncontrolled Keywords:level of job satisfaction, influence of demography factors, Technical Secondary School
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6473
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Sep 2008 01:22
Last Modified:24 Oct 2012 07:07

Repository Staff Only: item control page