Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan burnout dengan kepuasan kerja di kalangan staf Jabatan Agama Johor

Othman, Thurayya (2007) Hubungan burnout dengan kepuasan kerja di kalangan staf Jabatan Agama Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

571Kb
[img] PDF (Abstract)
122Kb
[img] PDF (Table Of Content)
131Kb
[img] PDF (1st Chapter)
170Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah tahap burnout dan tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan Jabatan Agama Johor (JAJ). Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan kepuasan kerja dan burnout serta meninjau faktorfaktor kepuasan kerja manakah menyumbangkan kepada terjadinya burnout. Sejumlah 166 orang responden dipilih secara rawak kelompok daripada staf-staf Jabatan Agama Johor dalam kajian ini. Data yang telah dikumpulkan telah diproses secara kolektif dengan menggunakan “Statistical Packages for Social Sciences� (SPSS ver 13). Teknik statistik yang digunakan adalah secara pemeratusan, crosstabulation, korelasi Pearson bagi mencari jawapan kepada persoalan kajian yang dibentuk. Rumusan dari dapatan kajian menunjukkan staf JAJ mengalami tahap burnout sederhana manakala mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap burnout staf JAJ dengan ciri-ciri demografi mereka tetapi terdapat hubungan sifnifikan antara tahap burnout dengan kepuasan kerja staf JAJ kecuali pada sub skala pencapaian peribadi. Secara keseluruhan analisis inferensi perbezaan burnout dari segi demografi menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara ciri-ciri demogarfi terhadap burnout (depersonalisasi, ketandusan emosi dan pencapaian peribadi). Kesimpulannya faktor burnout dan kepuasan kerja amat penting kepada setiap individu yang berkerja kerana staf yang berpuas hati dengan kerjanya akan menjadi lebih produktif dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Syed Mohamed Shafeq Bin Syed Mansor Al Habshi
Uncontrolled Keywords:burnout, job satisfaction level, relation, Jabatan Agama Johor
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6472
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Sep 2008 01:37
Last Modified:19 Oct 2012 05:33

Repository Staff Only: item control page