Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan tahap penguasaan kemahiran proses sains dan cara penglibatan pelajar dalam kaedah amali tradisional dengan kaedah makmal mikro komputer

Abd Hamid, Hazrulrizawati (2007) Perbandingan tahap penguasaan kemahiran proses sains dan cara penglibatan pelajar dalam kaedah amali tradisional dengan kaedah makmal mikro komputer. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

2022Kb
[img] PDF (Abstract)
95Kb
[img] PDF (Table Of Content)
67Kb
[img] PDF (1st Chapter)
110Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses sains dan cara penglibatan pelajar dalam dua persekitaran amali yang berbeza iaitu secara tradisional dan makmal mikro komputer. Seramai 60 orang pelajar tingkatan lima dari dua buah sekolah menengah di Daerah Johor Bahru terlibat dalam kajian ini. Ujian Alternatif Kemahiran Proses Sains (UAKPS) telah digunakan untuk mendapat maklumat tentang tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Enam komponen kemahiran proses sains yang dikaji adalah kemahiran merekod data, melukis graf, mentafsir maklumat, mengenalpasti pembolehubah, mengawal pembolehubah dan membuat pemerhatian. Soal selidik Cara Penglibatan Pelajar (CPP) yang mengandungi 30 item soalan skala Likert digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang penglibatan pelajar dalam aktiviti kerja amali. Data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Analisis kuantitatif melibatkan penggunaan statistik deskriptif dalam bentuk skor min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan manakala statistik inferensi menggunakan ANOVA Satu Hala. Semua hipotesis diuji pada aras signifikan α = .05. Hasil analisis menunjukkan secara umumnya tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar yang terlibat dengan kerja amali melalui kaedah makmal mikro komputer adalah baik manakala kaedah tradisional adalah sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar terlibat secara aktif dalam kedua-dua persekitaran kerja amali. Hasil analisis ANOVA Satu Hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara cara penglibatan pelajar dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa peluang untuk terlibat secara aktif dalam kerja amali melalui kedua-dua kaedah kerja amali sama ada tradisional atau makmal mikro komputer adalah sama namun perbezaan tahap penguasaan kemahiran proses sains mungkin bergantung kepada bagaimana individu itu memanfaatkannya.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Prof. Dr Sulaiman Bin Yamin
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6471
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Sep 2008 03:46
Last Modified:07 Nov 2012 01:53

Repository Staff Only: item control page