Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian Akademik : Tinjauan di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor.

Mohamed Zakaria, Zubaidah Begam (2007) Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian Akademik : Tinjauan di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
161kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor. Seramai 296 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama telah memberi respon kepada soal selidik. Kajian ini telah menggunakan soal selidik Index of Learning Styles yang telah direka oleh Felder dan Solomon. Data yang telah dikumpulkan telah diproses secara kolektif dengan menggunakan “Statistical Packages for Social Sciences� (SPSS ver 13). Teknik statistik yang digunakan adalah secara pemeratusan, cross tabulation dan korelasi Pearson bagi mencari jawapan kepada persoalan kajian yang dibentuk. Dari segi demografi, responden perempuan dan responden lelaki lebih cenderung kepada gaya pembelajaran Active, Sensing dan Visual. Responden perempuan lebih cenderung kepada gaya pembelajaran Sequential manakala responden lelaki lebih cenderung kepada gaya pembelajaran Global.. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara semua gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Secara keseluruhan juga didapati gaya pembelajaran Visual paling popular berbanding gaya pembelajaran lain. Pandangan pelajar yang dipaparkan melalui respon mereka dalam soal selidik jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar memaparkan ciri-ciri atau gaya pembelajaran yang berbeza.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Syed Mohd Shafeq Bin Syed Mansor Al Habshi
Uncontrolled Keywords:Felder dan Solomon, Index of Learning Styles, SPSS
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6470
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:18 Sep 2008 01:29
Last Modified:29 Aug 2018 07:51

Repository Staff Only: item control page