Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian mengenai penggunaan e-pembelajaran (e-learning) di kalangan pelajar jurusan pendidikan teknik dan vokasional di institusi pengajian tinggi (IPTA) negeri Johor

Ting, Kung Shiung (2007) Kajian mengenai penggunaan e-pembelajaran (e-learning) di kalangan pelajar jurusan pendidikan teknik dan vokasional di institusi pengajian tinggi (IPTA) negeri Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

2171Kb
[img] PDF (Abstract)
44Kb
[img] PDF (Table Of Content)
54Kb
[img] PDF (1st Chapter)
104Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kecekapan diri (self-efficacy) siswazah terhadap e-pembelajaran, halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah dalam penggunaan e-pembelajaran dan hubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) dengan halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran. Sebanyak 306 siswazah yang sedang mengikuti kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Bagi mendapatkan data-data yang berkaitan, soal selidik telah digunakan, dan analisis deskriptif telah dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap kecekapan diri siswazah kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah tinggi. Kecekapan diri siswazah secara keseluruhannya mencatat nilai min 3.8024. Terdapat empat halangan utama yang dikaji dalam kajian ini iaitu halangan personaliti, halangan institusi, halangan teknologikal dan halangan situasi. Antara keempat-empat halangan, halangan teknologikal mencatat min yang tertinggi iaitu 3.1046. Halangan situasi mencatat min 2.9739 dan halangan institusi mencatat min 2.806. Halangan personaliti pula mencatat min yang terendah iaitu 2.5737. Dapatan kajian menunjukkan pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah halanganhalangan dalam penggunaan e-pembelajaran dan kecekapan diri terhadap e-pembelajaran adalah rendah memandangkan nilai pekali korelasi sebanyak -0.384. Di samping itu, terdapat beberapa cadangan terhadap kajian ini dan kajian lanjutan juga dibincangkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Dr. Muhammad Sukri Bin Saud
Uncontrolled Keywords:e-learning, self-efficacy, barrier
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6466
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Sep 2008 01:13
Last Modified:24 Oct 2012 06:40

Repository Staff Only: item control page