Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan remaja sekolah menengah satu kajian kes di daerah Alor Gajah, Melaka

Saripan, Nurain (2007) Faktor-faktor mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan remaja sekolah menengah satu kajian kes di daerah Alor Gajah, Melaka. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
306kB

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar lelaki di negeri Melaka. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang dijalankan di lima buah sekolah menengah di daerah Alor Gajah, Melaka. Subjek kajian adalah seramai 120 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Soal selidik yang digunakan mengandungi enam bahagian iaitu maklumat diri subjek, jenis-jenis tingkah laku vandalisme, faktor keluarga, sekolah, rakan sebaya dan konsep kendiri. Data analisis menggunakan Kaedah Statistical Package for the Social Science – Extra (SPSS – X). Keputusan yang diperolehi menunjukkan tidak terdapat perbezaan tingkah laku vandalisme dengan tingkat pendapatan ibu bapa. Bagaimanapun, kajian menunjukkan perbezaan dalam tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan bagi faktor rakan sebaya, faktor keluarga, sekolah dan konsep kendiri dengan tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar sekolah.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa
Uncontrolled Keywords:vandalism, SPSS, peer factor
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6465
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:16 Sep 2008 06:25
Last Modified:26 Aug 2018 04:49

Repository Staff Only: item control page