Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keupayaan dan sikap dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin di kalangan pelajar tingkatan dua di dua buah sekolah sekitar daerah Johor Bahru.

Syed Zainuddin, Syed Abdul Hakim (2007) Keupayaan dan sikap dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin di kalangan pelajar tingkatan dua di dua buah sekolah sekitar daerah Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
405kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keupayaan menyelesaikan masalah matematik bukan rutin di kalangan pelajar tingkatan dua di dua buah sekolah sekitar daerah Johor Bahru. Ia difokuskan kepada keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah yang merangkumi proses memahami masalah, merancang strategi penyelesaian dan menulis jawapan dengan betul. Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Persampelan adalah secara persampelan kelompok. Sampel kajian adalah terdiri daripada 70 orang pelajar. Tiga alat kajian digunakan, iaitu ujian penyelesaian masalah matematik bukan rutin, soal selidik berkaitan sikap terhadap penyelesaian masalah dan temu bual. Tiga kategori yang dinilai dalam inventori sikap adalah kesanggupan dalam aktiviti menyelesaikan masalah, ketabahan ketika menyelesaikan masalah dan keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar tingkatan dua mempunyai kemahiran memahami masalah pada tahap tinggi tetapi mempunyai kemahiran merancang strategi dan menulis jawapan pada tahap yang sangat lemah. Manakala bagi kemahiran melaksana strategi, pelajar tingkatan dua ini berada pada tahap yang sederhana dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Dari segi sikap terhadap penyelesaian masalah, pelajar tingkatan dua mempunyai tahap sikap yang tinggi dalam kesanggupan dan ketabahan tetapi mempunyai tahap sikap yang sederhana dalam keyakinan. Temu bual pula mendapati terdapat perbezaan pandangan dan pola penyelesaian antara pelajar yang mendapat skor terendah dan pelajar yang mendapat skor tertinggi ketika menjawab soalan matematik bukan rutin.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Matematik) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Mohini Binti Mohamed
Uncontrolled Keywords:Johor Bahru district, From 2 student, Mathematics
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6461
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:16 Sep 2008 06:21
Last Modified:26 Aug 2018 04:49

Repository Staff Only: item control page