Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penghasilan modul pembelajaran berasaskan teori beban kognitif untuk subjek teknologi maklumat dan komunikasi

Sow, Lee Sun (2007) Penghasilan modul pembelajaran berasaskan teori beban kognitif untuk subjek teknologi maklumat dan komunikasi. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
241kB

Abstract

Kajian pendidikan ini bertujuan untuk membina sebuah modul pembelajaran komputer berdasarkan Teori Beban Kognitif (Sweller, 1998) bagi kegunaan pelajar Tingkatan Lima. Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa ingatan jangka pendek menghadkan bilangan elemen yang boleh ditafsir oleh seseorang individu. Jika bilangan elemen yang perlu ditafsirkan oleh ingatan jangka pendek pada satu satu masa telah melebihi had maka beban kognitif dikatakan wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, modul yang dibina perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Teori Beban Kognitif bagi menghasilkan reka bentuk modul yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Data kajian diambil dari dua sumber utama, iaitu melalui pemerhatian daripada rakaman video yang merakamkan respon pelajar semasa menggunakan modul asal dan modul Teori Beban Kognitif serta data daripada temu bual. Seramai 20 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Daripada analisis data, didapati bahawa pelajar yang menggunakan modul gubahan semasa kajian dapat melaksanakan proses format komputer instal perisian dengan lancar dan jarang menghadapi masalah manakala pelajar yang menggunakan modul asal pula sentiasa menghadapi masalah dan kekeliruan sepanjang proses itu. Didapati juga bahawa pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang berlainan dapat menggunakan modul gubahan yang direka berdasarkan Teori Beban Kognitif dengan baik dan menunjukkan penguasaan jangka masa yang lebih singkat daripada pelajar yang menggunakan modul asal. Ini dapat dilihat daripada masa yang digunakan untuk proses format komputer adalah lebih kurang sama bagi kedua-dua kumpulan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah ketika menggunakan modul berdasarkan Teori Beban Kognitif.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Dr Zaidatun Binti Tasir
Uncontrolled Keywords:information technology and communication, cognitive load theory
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6460
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:16 Sep 2008 06:07
Last Modified:30 Aug 2018 08:03

Repository Staff Only: item control page