Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah

How, Lee Chan (2007) Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
871kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor Bahru. Sampel kajian terdiri daripada 202 orang pelajar dari tingkatan dua dan empat. Pemilihan sampel kajian ini berdasarkan semakan buku kedatangan kelas dan buku pencegahan ponteng. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisisan Statistical Package for Social Science versi 14.0. Dua statistik digunakan iaitu statistik deskriptif termasuk frequensi, peratusan dan min bagi menjawab persoalan kajian dan statistik inferensi iaitu ujian-t dan Korelasi Pearson untuk menguji hipotesis kajian. Darjah kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) bagi intrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.912. Keputusan kajian menunjukkan faktor guru merupakan faktor paling dominan yang mendorong pelajar ponteng sekolah. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor ponteng seperti faktor sikap pelajar, suasana sekolah, guru, rakan sebaya, keluarga dan media elektronik dengan pendapatan keluarga. Tetapi terdapat hubungan yang signifikan antara gejala ponteng dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ponteng hati, ponteng kerana bangun lewat dan ponteng kelas berdasarkan jantina. Tetapi terdapatnya perbezaan yang signifikan antara ponteng sekolah dengan jantina di kalangan pelajar. Tahap faktor gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang sederhana .

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Azizi Hj Yahaya
Uncontrolled Keywords:electronic media, Pearson Correlation Analysis
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6457
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:16 Sep 2008 05:56
Last Modified:27 Sep 2018 04:01

Repository Staff Only: item control page