Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar pintar cerdas

Poon, Chong Khim (2007) Pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar pintar cerdas. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
140kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar pintar cerdas. Kajian ini melibatkan 160 orang responden daripada sekolah sekolah menengah di sekitar Negeri Sarawak. Satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C telah diedarkan kepada responden. Soal selidik bahagian B mengandungi 80 item yang berkenaan dengan kecerdasan pelbagai oleh J.Ivanco dan bahagian C mengandungi 26 item yang berkenaan dengan kemahiran berfikir kritis oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Florida. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science version 14 ) untuk mendapatkan kekerapan , peratusan, min purata, nilai kiraan khi kuasa dua dan nilai korelasi Pearson r bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dikemukakan di dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari konteks perbezaan jantina dan perbezaan aliran, kecerdasan yang paling cemerlang dimiliki oleh responden pelajar-pelajar pintar cerdas ialah jenis kecerdasan interpersonal. Dari konteks kemahiran berfikir secara kritis pula, kecerdasan yang paling cemerlang dimiliki pelajar pintar cerdas ialah jenis kecerdasan visual ruang dan kecerdasan verbal linguistik. Dapatan kajian mengenai dengan menggunakan analisis kolerasi Pearson r menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan pelbagai merentas jantina dan aliran. Manakala terdapat hubungan positif yang signifikan di antara kecerdasan pelbagai merentas kemahiran berfikir secara kritis pada aras keyakinan 0.01.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Dr Rio Sumarni Bt. Sharifuddin
Uncontrolled Keywords:secondary school, Sarawak, SPSS
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6455
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:16 Sep 2008 05:35
Last Modified:29 Aug 2018 07:51

Repository Staff Only: item control page