Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis persekitaran dalaman sekolah kebangsaan di Zon Bandar Utara, Johor Bahru

Tahir, Kamazita (2007) Analisis persekitaran dalaman sekolah kebangsaan di Zon Bandar Utara, Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
753kB

Abstract

Penyelidikan deskriptif ini bertujuan untuk melihat persepsi guru dan pelajar terhadap persekitaran dalaman sekolah. Penyelidikan ini juga dilakukan untuk melihat perbezaan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi persepsi responden terhadap persekitaran dalaman sekolah berdasarkan latar belakang mereka. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru dan para pelajar darjah enam di lima buah Sekolah Kebangsaan Zon Bandar Utara Johor Bahru. Sampel telah dipilih secara rawak yang terdiri daripada 152 orang guru dan 200 orang pelajar. Dua set soal selidik yang digunakan diubahsuai daripada soal selidik yang disediakan oleh Brent Davies & Linda Ellison (1996) terjemahan oleh Shukor Mohd Dom (2004). Setiap set soal selidik mengandungi 30 item yang dibahagikan kepada tujuh elemen dengan skala 3 mata bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Kajian rintis dibuat ke atas 12 orang guru dan 12 orang pelajar Sek. Keb. Mutiara Rini Johor Bahru bagi menentukan konsistensi instrumen. Nilai alpha yang diperolehi adalah tinggi iaitu 0.8258 (guru) dan 0.9560 (pelajar). Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru dan pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan 2.07 (guru) dan 2.34 (pelajar). Ujian-t yang dijalankan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan terhadap persepsi persekitaran dalaman sekolah berdasarkan jantina guru dan pelajar. Ujian ANOVA yang dilaksanakan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan terhadap persepsi persekitaran dalaman sekolah berdasarkan pengalaman mengajar guru, jawatan di sekolah guru dan tempoh belajar di sekolah pelajar. Berdasarkan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan kesedaran sekolah terhadap keperluan analisis persekitaran sekolah masing-masing.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Mohd. Anuar bin Abdul Rahman
Uncontrolled Keywords:internal school environment, ANOVA, primary student
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6453
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:16 Sep 2008 05:26
Last Modified:26 Aug 2018 04:49

Repository Staff Only: item control page