Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web bagi tajuk topologi rangkaian dalam pendidikan

Sahadan, Norashikin (2007) Pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web bagi tajuk topologi rangkaian dalam pendidikan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
315kB

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web mengikut ciri-ciri seperti yang dicadangkan oleh Herrington et al., (2000). Topik yang dipilih bagi tujuan kajian ini ialah Topologi Rangkaian dalam Pendidikan bagi kegunaan kumpulan pelajar Sarjana Muda Pendidikan. Proses penilaian dilakukan bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap tiga aspek reka bentuk iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka bentuk antara muka sistem pembelajaran yang dibangunkan. Sampel kajian projek ini terdiri daripada 10 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan yang mengambil mata pelajaran SPM 2012: Telekomunikasi dan Rangkaian Komputer di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan temu bual. Hasil analisis terhadap ketiga-tiga aspek reka bentuk yang dinilai mendapati reka bentuk antara muka yang digunakan mendapat nilai min yang tertinggi iaitu (min=4.38) diikuti oleh reka bentuk interaksi (min=4.3) dan reka bentuk informasi atau strategi pembelajaran berasaskan situasi (min=4.13). Bagi bahagian cadangan dan komen dan juga proses temu bual yang telah dijalankan, kaedah analisis isi kandungan menerusi teknik pembentukan tema telah digunakan. Berdasarkan data yang dianalisis dan perbincangan yang telah dijalankan, pengkaji telah membuat rumusan dan mengemukakan beberapa cadangan serta memberi huraian mengenai sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi sistem PBSnet yang dibangunkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Dr. Jamalludin Bin Harun
Uncontrolled Keywords:information design, interaction, telecomunication
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6452
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:16 Sep 2008 05:27
Last Modified:29 Aug 2018 07:51

Repository Staff Only: item control page