Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan agama di Sarawak.

Khalid, Mahadi (2007) Tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan agama di Sarawak. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
116kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tingkah laku buli dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak yang meliputi jenis tingkah laku buli, ciri-ciri tingkah laku buli, punca-punca tingkah laku buli, kesan tingkah laku buli dan keberkesanan program pencegahan sedia ada dalam mengatasi masalah tingkah laku buli. Seramai 400 orang responden telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata iaitu persampelan berdasarkan ciri populasi. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang dibina oleh pengkaji iaitu soal selidik Hubungan Rakan Sebaya dan Skala Pelbagai Dimensi Pemangsaan Rakan Sebaya. Kaedah uji ulang uji digunakan di mana nilai korelasi yang diperolehi bagi soal selidik Hubungan Rakan Sebaya adalah 0.790 dan Skala Pelbagai Dimensi Pemangsaan Rakan Sebaya pula adalah 0.810. Statistik deskriptif iaitu peratus dan min digunakan untuk menganalisis data kajian. Hasil kajian menunjukan tingkah laku buli dari jenis verbal merupakan tingkah laku buli yang paling dominan dilakukan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. Ciri-ciri tingkah laku buli dari jenis fizikal merupakan ciri-ciri tingkah laku buli yang paling dominan dilakukan oleh pembuli dan mangsa buli berbanding ciri-ciri tingkah laku buli emosi. Hasil kajian juga mendapati bahawa punca tingkah laku buli fizikal yang sering dilakukan dalam kalangan pelajar yang menjadi pembuli adalah untuk menunjukkan dirinya kuat, umurnya lebih tua dan suka berbangga dengan dirinya manakala punca tingkah laku buli fizikal yang sering berlaku dalam kalangan pelajar yang menjadi mangsa buli adalah seperti umurnya yang lebih muda, tubuh badan yang nampak kelakar dan tidak disukai oleh pembuli. Kesan fizikal yang wujud dalam kalangan pembuli adalah seperti suka melanggar peraturan sekolah, suka mencederakan orang lain dan terlibat dengan jenayah manakala kesan fizikal yang wujud dalam kalangan mangsa buli pula adalah seperti suka ponteng sekolah atau kelas dan tidak suka melakukan aktiviti berkumpulan. Hasil kajian juga mendapati bahawa penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah merupakan antara program yang amat berkesan untuk mengawal tingkah laku buli dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Justeru itu, sebagai orang yang paling rapat dengan pelajar, penglibatan ibu bapa dalam setiap program pencegahan yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sangat diperlukan. Beberapa cadangan telah dikemukakan seperti kerjasama pihak luar seperti Polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan penglibatan masyarakat adalah perlu untuk mencegah dan menghentikan tingkah laku buli dari terus berleluasa.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Prof. Madya Dr. Othman Bin Md. Johan
Uncontrolled Keywords:Sarawak, bullying, secondary school's student
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6447
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:16 Sep 2008 05:15
Last Modified:26 Aug 2018 04:49

Repository Staff Only: item control page