Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya Pemikiran Dan Kesesuaiannya Dengan Pencapaian Kimia Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pontian

Low, Vivian Yen Yeong (2007) Gaya Pemikiran Dan Kesesuaiannya Dengan Pencapaian Kimia Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pontian. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
127kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau gaya pemikiran dan kesesuaiannya dengan penyelesaian masalah persamaan kimia pelajar-pelajar Tingkatan Empat di sekolah-sekolah menengah daerah Pontian. Kajian ini juga meninjau gaya pemikiran pelajar-pelajar Tingkatan Empat mengikut jantina dan majoriti ras responden, iaitu pelajar Melayu dan pelajar Cina. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 279 orang pelajar Tingkatan Empat aliran sains dari empat buah sekolah menengah di daerah Pontian, Johor. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik untuk meninjau gaya pemikiran responden dan kesesuaiannya dengan penyelesaian masalah persamaan kimia. Inventori Gaya Pemikiran (Sternberg & Wagner, 1992) dalam bentuk dwibahasa, iaitu versi bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris telah digunakan untuk meninjau gaya pemikiran pada responden. Set soalan pengujian sub tajuk tentang persamaan kimia bagi Bab 3 Formula dan Persamaan Kimia Tingkatan Empat juga telah dibina dan diedarkan untuk mengukur pencapaian kimia pelajar-pelajar bagi kemahiran penguasaan konsep tersebut. Kajian ini telah menggunakan analisis statistik deskriptif dan analisis ‘crosstab’ bagi maklumat yang dikumpulkan. Daripada analisis yang telah dilakukan, didapati bahawa memang wujud gaya pemikiran yang berbeza di kalangan pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap gaya pemikiran Judicial, Global dan Liberal pelajar lelaki adalah lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Dapatan kajian juga menunjukkan hanya gaya pemikiran Internal sahaja yang berbeza antara tahap gaya pemikiran pelajar Melayu dan pelajar Cina, didapati bahawa tahap gaya pemikiran Internal pelajar Cina adalah lebih tinggi daripada pelajar Melayu. Analisis kajian turut menunjukkan gaya pemikiran yang bersesuaian dengan penyelesaian masalah persamaan kimia ialah Executive, Judicial, Monarchic, Oligarchic, Local, Internal dan Conservative. Tambahan lagi, kajian ini mendapati bahawa sekiranya tahap gaya pemikiran seseorang pelajar tinggi dalam satu gaya pemikiran tertentu itu, dia juga akan mempunyai tahap gaya pemikiran lain yang juga tinggi. Justeru, cadangan kajian disertakan agar para pendidik menitikberatkan gaya pemikiran pelajar-pelajar dan dapat menyediakan dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi pelajar-pelajar tersebut.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Kimia) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Aziz bin Nordin
Uncontrolled Keywords:Pontian District, secondary school, oligarchic
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6443
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:16 Sep 2008 05:18
Last Modified:03 Aug 2018 08:48

Repository Staff Only: item control page