Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

HUBUNGAN ANTARA PENDEKATAN PENGAJARAN GURU DENGAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN PELAJAR MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT

LIM , TZYY CHYUN (2007) HUBUNGAN ANTARA PENDEKATAN PENGAJARAN GURU DENGAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN PELAJAR MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

WarningThere is a more recent version of this item available.

[img]
Preview
PDF
876kB

Abstract

Model Pembelajaran 3P menggambarkan bilik darjah sebagai satu sistem interaktif antara presage, process dan product. Maka, model ini menjadi landasan untuk penyelidik mengkaji faktor presage, iaitu pendekatan pengajaran guru dengan faktor process, iaitu pendekatan pembelajaran mendalam (PM) dan pembelajaran permukaan (PP) pelajar-pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran kimia. Sejumlah 30 orang guru dari 28 buah sekolah dan 400 orang pelajar dari 10 buah sekolah di daerah Pasir Gudang telah diambil sebagai sampel kajian. Approaches to Teaching Inventory (ATI) dan Revised Two-Factor Study Process Questionnaire (RSPQ- 2F) digunakan sebagai instrumen kajian. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS for Windows Version 10.0. Kaedah statistik iaitu Ujian-t digunakan untuk menentukan kecenderungan pendekatan pengajaran guru dan pendekatan pembelajaran pelajar. Selain itu, analisis korelasi linear Pearson ‘r’ digunakan untuk menentukan pertalian antara pendekatan pengajaran guru dengan pendekatan pembelajaran pelajar. ANOVA satu arah pula digunakan untuk menentukan kesan pengalaman mengajar guru terhadap pendekatan pengajaran. Hasil analisis menunjukkan bahawa guru kimia lebih cenderung mengaplikasikan pendekatan penyampaian maklumat/ berpusatkan guru (PMBG) daripada pendekatan perubahan konsep/ berpusatkan pelajar (PKBP). Manakala pelajar lebih cenderung menggunakan PM daripada PP dalam pembelajaran kimia. Analisis menunjukkan pertalian yang rendah antara pendekatan PMBG dengan PM dan antara PMBG dengan PP. Namun kedua-dua hubungan ini adalah tidak signifikan. Hasil ANOVA menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi pendekatan PMBG dan PKBP dalam ketiga-tiga kategori pengalaman mengajar mata pelajaran kimia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6440
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Sep 2008 03:58
Last Modified:01 Jun 2010 15:43

Available Versions of this Item

Repository Staff Only: item control page