Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan keserasian pola personaliti persekitaran enam kerjaya bidang keagamaan dengan kepuasan kerja di negeri Johor

Hamzah, Naemah (2007) Hubungan keserasian pola personaliti persekitaran enam kerjaya bidang keagamaan dengan kepuasan kerja di negeri Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
210kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau bentuk pola personaliti-persekitaran serta keserasian personaliti-persekitaran dengan kepuasan kerja di kalangan enam kerjaya bidang keagamaan (Peguam Syari’e, Pegawai Tadbir Agama dan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Pegawai Hal Ehwal Islam dan Penolong Hal Ehwal Islam, Pembantu Hal Ehwal Islam (Imam), Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam (Bilal) serta guru-guru sekolah agama) di Negeri Johor Darul Takzim. Kerangka teori yang digunakan ialah berdasarkan Teori Tipologi Holland (1973). Teori ini menekankan darjah keserasian personaliti-persekitaran dengan kepuasan kerja. Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan keserasian pola personaliti –persekitaran enam kerjaya bidang keagamaan. Seramai 40 orang sampel telah dipilih secara rawak kelompok bagi setiap jenis kerjaya. Jumlah keseluruhan sampel adalah 240 orang. Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini ialah Self Directed Search (SDS)-Form Easy (Versy Terjemahan Amla, 1984) bagi meninjau pola personaliti-persekitaran responden. Manakala Indeks Kongruen Iachan telah digunakan bagi mendapatkan darjah keserasian personaliti-persekitaran responden. Tahap kepuasan kerja pula diukur dengan menggunakan soal-selidik Job Descriptif Index (JDI). Data-data yang telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Packages For Social Sciences (SPSS-PC+) kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, pemeratusan, min skor dan sisihan piawai. Ujian t dan korelasi Pearson ‘r’ digunakan dalam analisis inferensi bagi menjawab hipotesis-hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kod pengkaji bagi Pegawai Tadbir Agama dan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk (SCE), Pegawai Hal Ehwal Islam dan Penolong Hal Ehwal Islam(SEC) , Pembantu Hal Ehwal Islam (SEC), Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam (SER) serta guru-guru sekolah agama (SCE) mempunyai padanan yang baik dengan Kod Holland. Kod pengkaji bagi Peguam Syar’ie (CSE) mempunyai padanan yang lemah. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti persekitaran dengan kepuasan kerja bagi keenam-enam kerjaya agama. Kesimpulannya, beberapa cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan untuk pengkaji-pengkaji seterusnya.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Syed Mohd Shafeq Bin Syed Mansor Al Habshi
Uncontrolled Keywords:Johor, religion, career
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6404
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:22 Sep 2008 01:26
Last Modified:27 Sep 2018 04:01

Repository Staff Only: item control page