Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengkaji kesan latihan pliometrik terhadap prestasi atlet kayak

Harun, Hafizah and Sabdin, Nurul Sa'adah (2008) Mengkaji kesan latihan pliometrik terhadap prestasi atlet kayak. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai kuasa maksima dalam masa yang pantas. Tujuan melakukan latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa dalam pergerakan dengan menggunakan kedua-dua komponen elastik semulajadi otot dan dengan menjana daya graviti yang membolehkan otot mencapai kekuatan maksimum secepat mungkin. Lima atlet pasukan kayak SUKMA negeri Johor (tiga lelaki dan dua perempuan) berusia (mean umur 19 ± tahun) diberi ujian masa acara kayak pecut 15 meter (KP15) dan ujian cable seated row (CSR) sebelum dan setelah menjalani latihan pliometrik selama enam minggu. KP15 untuk menguji kelajuan manakala ujian CRS menguji kekuatan otot. Keputusan ujian KP15 menunjukkan perubahan yang signifikan (2.50±SD saat pre dan 2.12±SD saat post, P = 0.05) Keputusan ujian CSR menunjukkan perubahan yang signifikan (45.73± SD kg pre dan 41.93±SD kg, P = 0.05). Ini membuktikan bahawa latihan pliometrik memberi kesan terhadap kekuatan tangan dan prestasi atlet kayak. Keputusan yang diperolehi ini disokong oleh banyak kajian yang menunjukkan kesan latihan pliometrik seperti menurut Bosco et al. 1982 latihan pliometrik berkesan dalam meningkatkan kuasa, meningkatkan kelajuan (Chu, 1983 dan Bompa, 1993), dan meningkatkan kekuatan maksima (Masamoto et al. 2003) jika panduan dan ansur maju latihan dipatuhi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:latihan pliometrik, atlet kayak
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6375
Deposited By: En. Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:12 Sep 2008 02:06
Last Modified:02 Jul 2017 04:22

Repository Staff Only: item control page