Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Latihan pliometrik dalam kemahiran lonjakan untuk atlit lompat jauh

Harun, Hafizah and Sarkasi, Mohd. Roshan (2008) Latihan pliometrik dalam kemahiran lonjakan untuk atlit lompat jauh. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan latihan pliometrik bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif otot kaki atlit lompat jauh. Seramai 15 orang subjek lelaki yang terdiri daripada atlit lompat jauh Sukan Malaysia (SUKMA) Johor (N=3) dan Universiti Teknologi Malaysia (N=6) dan pelajar sains sukan (N=6). Subjek berusia antara 17 dan 23 tahun (M=20.3±2.16 tahun). Subjek dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana 2 kumpulan diberikan latihan pliometrik Death Drop Jumps (DDJ, N=5) dan Lunge Jumps (LJ, N=5) dan 1 kumpulan sebagai kumpulan kawalan (K, N=5). Subjek menjalani latihan sebanyak 2 kali seminggu selama 4 minggu. Ujian Standing Long Jump (SLJ) dan Vertical Jump (VJ) digunakan untuk menguji keberkesanan latihan pliometrik yang diberi. Data kajian yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan Microsoft Excel Office 2003. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua jenis latihan pliometrik yang diberikan iaitu death drop jump (DDJ) dan lunge jump (LJ) adalah signifikan bagi kedua-dua ujian yang telah dijalankan iaitu (SLJ dan VJ). Hasil keputusan menunjukkan keputusan ujian pra bagi SLJ (M±SD), 202.56±4.01cm dan keputusan ujian pos, 205.69±4.32cm menunjukkan peningkatan sebanyak 3.13cm atau 1.5% dengan nilai p=0.00. Keputusan ujian VJ, pula menunjukkan ujian pra, 44.35±0.88cm dan ujian pos 46.4±1.73cm juga meningkat sebanyak 2.05cm atau 4.6% dengan nilai p=0.018. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap ujian SLJ dan VJ bagi kesemua kumpulan latihan pliometrik (p = 0.05). Berdasarkan keputusan ini, latihan pliometrik yang diberikan dapat membantu meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki dalam lompat jauh berdiri ( standing long jump ) dan lompatan menegak ( vertical jump ).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:atlit lompat jauh, eksplosif otot kaki, latihan pliometrik
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6374
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:12 Sep 2008 02:04
Last Modified:11 Sep 2017 01:43

Repository Staff Only: item control page