Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian mengenai kesesuaian cerun laluan khas di UTM

Harun, Hafizah and Ngerong, Uming (2008) Kajian mengenai kesesuaian cerun laluan khas di UTM. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kesesuaian penggunaan laluan khas kerusi roda yang menjadi tumpuan utama orang kurang upaya (OKU) dan pelajar-pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Laluan ini tertumpu kepada laluan khas kerusi roda di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dan Student Unity Building (SUB). Berdasarkan ‘British Standard 8300’ dan ‘The American with disabilities act’, laluan OKU mestilah mengikut nisbah panjang dan ketinggian iaitu 112. Ini bermakna setiap 1 inci ketinggian, panjang tanjakan adalah 12 inci dengan sudut kecerunan tanjakan tersebut tidak melebihi 4.76 darjah. Dapatan awal kajian, mendapati laluan khas kerusi roda yang terdapat di PSZ mempunyai kecerunan 4.50 darjah manakala di SUB mempunyai kecerunan 3.62 darjah dan 3.47 darjah. Ini menunjukkan bahawa kecerunan laluan khas kerusi roda yang dikaji adalah menepati standard yang telah ditetapkan. Daripada hasil kajian, pengkaji akan menjalankan kajian untuk mengenalpasti nisbah kekuatan bahagian atas badan dengan berat badan di kalangan pengguna kerusi roda di permukaan yang rata dan pelbagai kecerunan. Nisbah ini penting untuk membuktikan keupayaan subjek dimana nisbah di antara 1kg berat badan subjek dikaitkan dengan keupayaan subjek itu melalui laluan khas dalam pelbagai kecerunan. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh James J.mayor, kekuatan seseorang individu adalah berkadar terus dengan berat badannya. Beliau juga menyatakan bahawa kekuatan relatif menurun berbanding dengan berat badan seseorang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:laluan khas, UTM, orang kurang upaya
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6370
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:12 Sep 2008 01:56
Last Modified:11 Sep 2017 01:41

Repository Staff Only: item control page