Ismail, Muhamad Hafiz and Ab. Rahman, Rusmaria (2008) UNI-AKTIF: pembangunan sistem pangkalan data ujian kecergasan fizikal pelajar sains sukan, UTM Skudai. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor. (Unpublished)
|
PDF (Abstract)
18Kb |
Abstract
UNI-AKTIF?: Pembangunan Sistem Pangkalan Data Ujian Kec“UNI-AKTIF� adalah satu perisian sistem pangkalan data yang digunakan untuk menganalisis data dan norma pelajar Sains Sukan UTM melalui Ujian Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan dan Lakuan Motor. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8.0 dan Macromedia ColdFusion MX 7. Manakala pangkalan data dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Access 2003. Perisian ini bertujuan untuk membangunkan sistem pangkalan data bagi memudahkan proses menyimpan dan menganalisis data kecergasan fizikal berserta norma setiap komponen kecergasan fizikal yang mengandungi prosedur dan norma ujian. Terdapat 11 item ujian kecergasan yang diuji dan ianya dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 5 Ujian Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan dan 6 Ujian Kecergasan Fizikal Berasaskan Lakuan Motor. Seramai 145 orang pelajar Sains Sukan UTM, berumur antara 19–30 tahun dipilih sebagai subjek kajian. Setiap prosedur ujian dibahagikan kepada teks dan video manakala norma ujian disediakan melalui pangkalan data yang mempunyai 5 kriteria norma iaitu cemerlang, sangat baik, baik, sederhana dan lemah. Jangkaan hasil kajian, perisian sistem pangkalan data “UNI-AKTIF� ini dapat membantu dalam tugas merekod dan menganalisis data pelajar dan turut memudahkan para pensyarah Sains Sukan di IPTA khususnya di UTM melakukan pengujian dan berupaya mengenal pasti prestasi pelajar dengan pantas, tepat dan sistematik.rgasan Fizikal Pelajar Sains Sukan, UTM Skudai
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | sistem pangkalan data, ujian kecergasan fizikal, sains sukan |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 6369 |
| Deposited By: | En. Syahrul Ridhwan Morazuki |
| Deposited On: | 12 Sep 2008 01:52 |
| Last Modified: | 08 Dec 2011 04:49 |
Repository Staff Only: item control page

