Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian tahap prestasi kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlit badminton SUKMA Johor 2008

Ismail, Muhamad Hafiz and Ismail, Rahimi (2008) Kajian tahap prestasi kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlit badminton SUKMA Johor 2008. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlit badminton SUKMA Johor 2008 serta mengetahui sama ada terdapat perubahan yang signifikan pada komponen kecergasan di antara ujian pra dengan ujian pos yang telah dijalankan. Beberapa ujian dilakukan bagi mengukur komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan iaitu Ujian PACER (Multistage Fitness Test), Ujian Tekan tubi, Ujian Curl-Up, Ujian Trunk-Lift dan Ujian Skinfold bagi mengumpul data pra dan pos kajian. Subjek adalah terdiri daripada 4 orang atlit badminton yang berumur antara 14 hingga 20 tahun. Data dan maklumat yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian program komputer iaitu Statistical Package For Social Science (SPSS) 14.0. Ujian-t digunakan bagi mengukur sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos. Aras signifikan yang ditetapkan bagi kajian adalah p < 0.05. Jangkaan dapatan kajian kemungkinan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan pemain badminton SUKMA Johor dengan nilai p > 0.05 melebihi aras signifikan yang ditetapkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:prestasi kecergasan fizikal, atlit badminton, Johor, SUKMA 2008
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6367
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:12 Sep 2008 01:45
Last Modified:11 Sep 2017 02:01

Repository Staff Only: item control page