Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlit skuasy SUKMA Johor 2008

Ismail, Muhamad Hafiz and Syed Zakariya, Syed Syamsul Faizal (2008) Kajian tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlit skuasy SUKMA Johor 2008. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan ujian pra dan ujian pos untuk mengukur dan mengumpul data berkaitan dengan Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan yang mengandungi lima komponen asas iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi badan dan kelembutan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlit skuasy SUKMA Negeri Johor 2008 sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan SUKMA 2008 di Terengganu. Untuk menjayakan kajian ini seramai 6 atlit skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan merangkumi Ujian Multi-Stage Test, Push Up, Sit and Reach, Endurance Crunch dan Skinfold. Data-data yang telah dikumpulkan daripada ujian pra dan ujian pos akan dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packege for Social Science (SPSS) untuk mendapatkan keputusan ujian secara signifikan. Ujian-t juga digunakan untuk membuat perbezaan data yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pos dengan aras signifikan yang ditetapkan ialah p < 0.05. Jangkaan dapatan kajian kemungkinan didapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra dan ujian post komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlit skuasy SUKMA Negeri Johor 2008 dengan nilai signifikan p > 0.05.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:tahap kecergasan fizikal, atlit skuasy, SUKMA Johor 2008
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6365
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:12 Sep 2008 01:31
Last Modified:11 Sep 2017 02:01

Repository Staff Only: item control page