Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian prestasi kecergasan fizikal berasaskan kesihatan terhadap atlet lumba basikal Johor SUKMA 2008

Ismail, Muhamad Hafiz and Che Ali, Hazlini (2008) Kajian prestasi kecergasan fizikal berasaskan kesihatan terhadap atlet lumba basikal Johor SUKMA 2008. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur pretasi atlet Lumba Basikal Johor SUKMA 2008 berdasarkan kepada komponen Kecergasaan Fizikal Berasaskan Kesihatan. Terdapat lima jenis ujian yang ditadbirkan ke atas 10 0rang subjek yang terdiri daripada atlet Johor yang berumur 23 tahun ke bawah iaitu perempuan dan lelaki. Instrumen pengujian yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Hardvard Step Test, Ujian Push – Up, Ujian Endurance Crunch, Ujian Sit & Reach dan Ujian Skinfold Caliper. Kajian yang dilaksanakan ini adalah berbentuk eksperimental di mana data akan diperolehi melalui ujian pra dan ujian post. Proses penganalisaan penyelidikan ini menggunakan program Statistical Packages for Social Science Version 12 (SPSS). Ujian t digunakan untuk mengukur sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian post. Bagi komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan, aras signifikan yang ditetapkan dalam kajian ini ialah p<0.05. Jangkaan hasil kajian kemungkinan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian post. Bagi komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan dengan nilai signifikan p>0.05 melalui aras signifikan yang ditetapkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:prestasi kecergasan fizikal, lumba basikal, Johor, SUKMA 2008
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6364
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:12 Sep 2008 01:29
Last Modified:11 Sep 2017 02:01

Repository Staff Only: item control page