Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian mengenalpasti tahap pencapaian prestasi kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor bagi atlit skuasy SUKMA Johor 2008

Ismail, Muhamad Hafiz and Mukhtar, Mohd. Khairil Azlan (2008) Kajian mengenalpasti tahap pencapaian prestasi kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor bagi atlit skuasy SUKMA Johor 2008. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor bagi atlit skuasy SUKMA Johor 2008. Seramai 6 orang pemain skuasy SUKMA Johor dipilih untuk menjadi sampel dalam penyelidikan ini. Sampel terdiri daripada pemain yang akan mewakili Negeri Johor dalam pertandingan SUKMA 2008 yang akan diadakan di Kuala Terengganu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merangkumi enam komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor iaitu ketangkasan, kepantasan, keseimbangan, masa reaksi, kuasa dan koordinasi. Antara ujian-ujian yang digunakan adalah Ujian Lari Ulang Alik (T-TEST) bagi komponen ketangkasan, Ujian Lari Pecut 40 Meter bagi komponen kepantasan, Ujian Dirian Bangau bagi komponen keseimbangan, Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson bagi komponen masa reaksi, Ujian Lompat Dirian Menegak bagi komponen kuasa dan Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan bagi komponen koordinasi. Kajian yang dilaksanankan ini melibatkan ujian pra dan ujian post. Data yang diperolehi daripada ujian yang dilakukan direkodkan di dalam borang skor dan ditetapkan pencapaian berdasarkan norma yang telah ditetapkan. Program SPSS 12 (Statistical Packages for Social Science) dan Microsoft Office Excel 2003 digunakan dan untuk menganalisis data yang diperolehi. Jangkaan dapatan kajian, berkemungkinan hasil analisis ujian-t sampel berpasangan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara ujian pertama dengan ujian yang kedua dimana p>0.05, melebihi aras signifikan yang ditetapkan iaitu p<0.05.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:prestasi kecergasan fizikal, kemahiran motor, atlit skuasy, SUKMA Johor 2008
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6363
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:12 Sep 2008 01:27
Last Modified:11 Sep 2017 02:03

Repository Staff Only: item control page