Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Menilai tahap kecergasan fizikal pemain sepak takraw SUKMA 2008 Negeri Johor mengikut posisi pemain

Mohd. Nor, Mohad Anizu and Abd. Rahman, Mohd. Marzuki (2008) Menilai tahap kecergasan fizikal pemain sepak takraw SUKMA 2008 Negeri Johor mengikut posisi pemain. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Ujian kecergasan merupakan faktor penting dalam menilai tahap prestasi atlit bagi mendapatkan data mengikut nom ujian yang di tetapkan. Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan tahap kecergasan pemain sepak takraw mengikut posisi pemain bagi atlit SUKMA 2008 Negeri Johor. Mengkaji tahap prestasi Kecergasan Fizikal pemain sepak takraw serta mengetahui sama ada terdapat perubahan yang signifikan pada komponen kecergasan. Kajian ini berbentuk eksperimental yang mana data diperolehi dari ujian pra dan pos. Beberapa ujian dilakukan bagi mengukur komponen Kecergasan Fizikal pemain iaitu Ujian Daya Tahan Otot (Tekan tubi), Ujian Kepantasan (lari pecut 40meter), dan Ujian Kelenturan (sit and reach). Subjek adalah terdiri daripada 18 orang pemain sepak takraw iaitu bagi posisi tekong, perejam dan pengumpan. Atlit sepak takraw yang di uji berumur diantara 18 hingga 20 tahun. Data dan maklumat yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian program komputer iaitu Statistical Package For Social Science (SPSS) 14.0. Ujian-t digunakan bagi mengukur sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos. Aras signifikan yang ditetapkan bagi kajian adalah P < 0.05. Jangkaan dapatan kajian kemungkinan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap Kecergasan Fizikal pemain sepak takraw SUKMA 2008 negeri Johor dengan nilai P > 0.05 melebihi aras signifikan yang ditetapkan. Kajian ini merupakan kajian awal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal pemain sepak takraw sebelum kejohanan SUKMA 2008 di Terengganu.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:tahap kecergasan fizikal, pemain sepak takraw, SUKMA 2008, posisi pemain
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6361
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:12 Sep 2008 01:20
Last Modified:11 Sep 2017 03:30

Repository Staff Only: item control page