Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan latihan kecergasan kepada pemain sepak takraw atlit SUKMA Johor

Mohd. Nor, Mohad Anizu and Ibrahim, Ismail (2008) Kesan latihan kecergasan kepada pemain sepak takraw atlit SUKMA Johor. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap daya tahan kardiovaskular dan tahap penggunaan VO2 max pemain bola sepak takraw atlit SUKMA Johor iaitu setelah menjalani program latihan selama 8 minggu. Sampel yang telah di gunakan dalam kajian ini terdiri daripada atlit-atlit yang mewakili SUKMA yang berumur bawah 21 tahun. Jumlah sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 5 orang dan semuanya adalah lelaki. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk eksperimen di mana subjek atau sampel yang di pilih akan menjalani ujian lari ulang alik progresif ‘bleep test’ iaitu sebanyak 2 sesi. Sesi yang pertama adalah disebut sebagai sesi ujian pra iaitu sebelum menjalani latihan dan sesi yang kedua ialah sesi ujian pasca iaitu selepas menjalani latihan selama 8 minggu. Kedua-dua data mentah ujian ini akan di ambil, dianalisis dan dibuat perbandingan bagi menentukan tahap penggunaan VO2 max dan daya tahan kardiovaskular pemain. Bagi mendapatkan skor purata dan sisihan piawai, data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Keputusan telah menunjukan bahawa terdapat peningkatan terhadap tahap daya tahan kardiovaskular pemain iaitu setelah menjalani program latihan selama 8 minggu iaitu sebanyak 24 kali latihan. Ini menunjukan program latihan yang spesifik dari segi latihan, masa serta aktiviti yang tersusun boleh membantu bagi meningkatkan keupayaan tahap kardiovaskular.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:tahap kecergasan, atlit sepak takraw, VO2 max
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6359
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:12 Sep 2008 01:14
Last Modified:11 Sep 2017 03:31

Repository Staff Only: item control page