Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan latihan bebanan terhadap kekuatan otot tangan bagi perenang SUKMA Johor 2008

Mohd. Nor, Mohad Anizu and Lajewah, Mohd. Nasir (2008) Keberkesanan latihan bebanan terhadap kekuatan otot tangan bagi perenang SUKMA Johor 2008. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui keberkesanan latihan bebanan terhadap kekuatan otot tangan bagi perenang sukma Johor iaitu setelah menjalani latihan selama empat minggu dengan kekerapan ulangan empat kali seminggu. Sampel yang telah digunakan dalam kajian ini terdiri daripada atlit–atlit yang mewakili SUKMA dan atlet – atlet pembangunan yang berumur 21 tahun ke bawah. Seramai empat orang sample yang terlibat dalam kajian ini. Kajian yang berbentuk eksperimen digunakan dalam kajian ini,iaitu sample atau subjek yang dipilih akan menjalani ujian 25 meter speed swim sebanyak dau kali. Bagi ujian pertama, ujian pra iaitu sebelum menjalani latihan dan bagi ujian kedua,ujian pos iaitu selepas menjalani latihan selama emapat minggu. Kedua–dua ujian ini melibatkan tiga sesi ulangan dengan selang rehat selama 10 minit. Data mentah daripada ujian ini akan diambil, diananlisis dan dibandingkan bagi menentukan keberkesanan latihan bebanan terhadap kekuatan dan daya tahan otot tangan perenang. Perisian SPSS digunakan bagi bagi mendapatkan skor purata dan sisihan piawai terhadap data yang diperolehi berdasarkan ujian pra dan pasca. Hasil dari penganalisaan data dikenalpasti terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan maksimum otot tangan dalam ujian pra dan ujian pos. ini menunjukkan bahawa latihan bebanan yang disediakan adalah memberi kesan kepada kekuatan maksimum otot tangan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:latihan bebanan, kekuatan otot tangan, perenang, SUKMA Johor 2008
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6358
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:12 Sep 2008 01:11
Last Modified:11 Sep 2017 03:31

Repository Staff Only: item control page