Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan modul belajar melalui bermain dalam pembelajaran awal matematik kanak-kanak prasekolah

Mohamad Ashari, Zakiah and Mohd. Kosnin, Azlina and Yeo, Kee Jiar (2015) Pembinaan modul belajar melalui bermain dalam pembelajaran awal matematik kanak-kanak prasekolah. In: Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan kali ke 2 (INSAN 2015), 19-20 Okt, 2015, Negeri Sembilan, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: https://umexpert.um.edu.my/file/publication/000038...

Abstract

Kajian literatur menunjukkan bahawa belajar melalui bermain penting untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Aktiviti bermain yang terancang dan sistematik merupakan medium yang membantu kanak-kanak melahirkan idea secara bebas terutamanya dalam pembelajaran awal matematik. Dalam kajian ini, satu modul belajar melalui bermain telah dibina mengikut langkah-langkah pembinaan modul oleh Mayer (1988) untuk membantu meningkatkan kefahaman awal matematik. Teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky telah dijadikan asas kepada pembentukan modul dengan menggabungkan aktiviti main koperatif dalam aktiviti main kognitif. Kesan aplikasi modul belajar melalui bermain difokuskan kepada pencapaian kefahaman kanak-kanak terhadap pembelajaran awal matematik. Kajian berbentuk kuasi eksperimen telah melibatkan empat buah kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di Negeri Johor (2 buah prasekolah terlibat dalam kumpulan eksperimen dan 2 buah prasekolah terlibat dalam kumpulan kawalan). Ujian pra dan pasca telah dilaksanakan terhadap 96 orang kanak-kanak ini. Keputusan kajian menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan modul belajar melalui bermain di dua buah prasekolah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang terancang dan sistematik seterusnya berupaya meningkatkan kefahaman kanak-kanak dalam mata pelajaran awal matematik berbanding kanak-kanak yang menerima pengajaran secara konvensional.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:modul belajar melalui bermain, awal matematik
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions:Education
ID Code:63524
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:30 May 2017 05:13
Last Modified:30 May 2017 05:13

Repository Staff Only: item control page