Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemantauan prestasi atlet lawan pedang negeri Johor bagi SUKMA 2008 (masa reaksi dan ketangkasan)

Omar, Abdul Hafidz and Hashim, Rustam (2008) Pemantauan prestasi atlet lawan pedang negeri Johor bagi SUKMA 2008 (masa reaksi dan ketangkasan). In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan latihan yang disediakan kepada atlet bagi meningkatkan prestasi mereka dalam pertandingan SUKMA 2008 di negeri Terengganu. Elemen yang dikaji adalah elemen ketangkasan dan juga masa reaksi atlet. Dalam kajian-kajian lepas, banyak pengkaji telah mendapat dapatan bahawa ketangkasan dan juga masa reaksi merupakan elemen yang amat penting yang perlu ada dalam setiap atlet lawan pedang. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap masa reaksi dan juga ketangkasan atlet lawan pedang sesebuah negeri dalam persiapan mereka menjelang kejohanan SUKMA 2008. Tujuan kajian ini juga adalah bagi memastikan setiap atlet lawan pedang negeri ini akan dapat mencapai tahap masa reaksi dan tahap ketangkasan yang secukupnya sebelum mereka turun bertanding. Dalam kajian ini, sampel diambil daripada atlet yang terpilih mewakili negeri di SUKMA 2008 di negeri Terengganu. Seramai 8 orang atlet telah terlibat dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan ujian tepuk tangan untuk menguji tahap masa reaksi atlet tersebut. Manakala ujian larian 10 meter mengiring pula digunakan bagi menguji tahap ketangkasan atlet lawan pedang negeri yang akan beraksi di SUKMA 2008 kelak. Pengkaji akan menjalankan ujian pre bertujuan untuk mengetahui tahap masa reaksi dan ketangkasan atlet pada peringkat permulaan. Setelah selesai menjalankan ujian pre, pengkaji akan mencadangkan satu jenis latihan yang dipanggail tangga tangkas bagi meningkatkan tahap ketangkasan atlet lawan pedang ini. Latihan ini diberikan kepada atlet dengan kadar kekerapan 3 kali seminggu. Mengikut Jo’zef (1996), ketangkasan hanya boleh ditingkatkan dengan beberapa latihan spesifik yang dijalankan secara teratur. Setelah menjalani latihan selama 2 bulan, pengkaji akan menjalankan ujian post bagi mengetahui tahap masa reaksi atlet dan ketangkasan mereka setelah menjalankan latihan. Jangkaan awal dianggarkan tahap masa reaksi dan ketangkasan atlet lawan pedang meningkat dan mereka dalam keadaan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi kejohanan SUKMA 2008 nanti. Cadangan yang yang ingin diketengahkan disini, jurulatih haruslah menjalankan ujian yang sewajarnya bagi memastikan prestasi atlet mereka dapat meningkat dengan pesat dari masa ke masa.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:prestasi, atlet, lawan pedang, SUKMA 2008
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6352
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:07 Sep 2008 07:00
Last Modified:11 Sep 2017 04:47

Repository Staff Only: item control page