Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan latihan plyometrik ke atas kuasa eksplosif dan kontraksi otot quadriceps atlet angkat berat negeri ke pertandingan SUKMA 2008 dalam melakukan aktiviti vertical jump

Omar, Abdul Hafidz and Soeed, Kamaruzaman (2008) Kesan latihan plyometrik ke atas kuasa eksplosif dan kontraksi otot quadriceps atlet angkat berat negeri ke pertandingan SUKMA 2008 dalam melakukan aktiviti vertical jump. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Plyometrik didefinisikan sebagai pergerakan 'hopping'dan 'leaping' yang boleh menghasilkan kuasa eksplosif (Micheal Mullin dalam Janet Lee, 1995). Tujuan penyelidikan ini adalah untuk melihat kesan latihan plyometrik ke atas kuasa eksplosif dan kontraksi otot atlet angkat berat negeri ke SUKMA 2008. Kajian ini dijalankan ke atas 4 orang atlet angkat berat negeri yang terdiri daripada 2 lelaki dan 2 wanita. Semua sampel dipilih berdasarkan kelayakan mereka sebagai atlet elit negeri. Mereka akan menjalani latihan-latihan plyometrik sebanyak 8 sesi selama 4 minggu. Ujian lapangan digunakan untuk melihat kesan terhadap kuasa eksplosif dan ujian makmal digunakan untuk melihat kontraksi otot quadriceps dan diuji menggunakan Biopac Student Lab: Lesson 1 (Electromygraphy) melalui aktiviti vertical jump. Data mentah yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS 14.0 (Statistical Packages For Social Science). Hipotesis dalam kajian ini akan diuji dengan menggunakan ujian-t. Jangkaan dapatan kajian kemungkinan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap otot quadriceps semasa melakukan aktiviti vertical jump dengan nilai melebihi aras signifikan yang ditetapkan iaitu p<0.05. Keputusan ini menolak hipotesis null yang mengatakan tidak terdapat perbezaan aktiviti otot quadriceps yang dijalankan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:latihan plyometrik, kuasa eksplosif, kontraksi otot quadriceps, atlet angkat berat, SUKMA 2008, vertical jump
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6350
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:07 Sep 2008 06:48
Last Modified:11 Sep 2017 04:48

Repository Staff Only: item control page