Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan perbezaan bacaan electromyography (EMG) ketika keadaan rehat dan pengecutan maksimum otot vastus lateralis pemain bola sepak UTM

Zainuddin, Zainal Abidin and Muhammad, Salleh Perbandingan perbezaan bacaan electromyography (EMG) ketika keadaan rehat dan pengecutan maksimum otot vastus lateralis pemain bola sepak UTM. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

[img]
Preview
PDF
20Kb

Abstract

Pemain bola sepak menggunakan nilai daya yang besar ketika melakukan sepakan atau rembatan ketika dalam permainan. Oleh itu, Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan aktiviti otot setiap pemain ketika keadaan rehat dan pengecutan otot maksimum dilakukan serta perbandingan aktiviti otot di antara kedua-dua situasi lakuan. 5 orang pemain bola sepak UTM lelaki dengan min dan sisihan piawai umur, berat dan tinggi 24±3 tahun, 65±15 kg dan 168±8 cm telah dipilih secara rawak sebagai sampel ujian. Data diambil daripada bacaan EMG yang dipasang pada otot vastus lateralis dan direkod ketika keadaan rehat dan pengecutan otot maksimum secara leg extension. ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p > 0.05) antara min frekuensi keadaan rehat (9.8±3.5 Hz) dan min frekuensi pengecutan otot maksimum (27.1±12.2 Hz). Dapatan kajian menunjukkan terdapat aktiviti otot ketika keadaan rehat iaitu tanpa sebarang pengecutan otot dilakukan, manakala frekuensi pengecutan otot maksimum apabila keseluruhan keupayaan otot digunakan ketika lakuan leg extension dimana merangsang pengecutan otot maksimum. Perbandingan bacaan EMG adalah berbeza dalam kedua-dua situasi iaitu rehat dan pengecutan otot maksimum kerana bergantung kepada aktiviti harian dan latihan yang setiap pemain bola sepak UTM. Pemain bola sepak perlu berlatih mencapai kekuatan pengecutan otot bahagian bawah badan (lower limb) yang maksimum supaya nilai daya yang besar dapat dihasilkan untuk melakukan sepakan jauh yang lebih berkesan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:Q Science > QP Physiology
Divisions:Education
ID Code:6348
Deposited By: En. Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:07 Sep 2008 06:28
Last Modified:08 Dec 2011 07:16

Repository Staff Only: item control page