Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Data Diskriptif Anthropometric dan Prestasi Atlit Kayak

Zainuddin, Zainal Abidin and Ong, Ay Shin Data Diskriptif Anthropometric dan Prestasi Atlit Kayak. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

[img]
Preview
PDF
12Kb

Abstract

Kajian ini adalah berbentuk experimental dan dilakukan bertujuan untuk melihat kesan pengaruh panjang tangan dan lilitan otot lengan atlit terhadap kepantasan kayuhan dalam kayak sebelum dan selepas menjalani latihan selama 6 minggu. Kajian ini dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia dan telah dijalankan ke atas atlit-atlit pasukan kayak dan seramai 10 orang atlit (N=10) yang berada dalam lingkungan umur antara 19 hingga 21 tahun telah diambil secara sukarela sebagai subjek kajian. Ujian klasifikasi dan prestasi pencapaian telah dijalankan untuk mengklasifikasikan subjek supaya mengurangkan limitasi terhadap data mentah. Secara umumnya, prestasi atlit boleh dibahagikan kepada dua kumpulan dimana 4 atlit digolongkan dalam kumpulan atas nilai purata manakala 6 orang atlit digolongkan dalam kumpulan bawah nilai purata. Keputusan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan secara statistik. T-test pada aras signifikan p = 0.05 digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi dan menunjukkan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dalam keputusan. Secara kesimpulannya, HO yang menyatakan panjang tangan tidak mempengaruhi kelajuan adalah diterima. Ini menunjukkan tiada perkaitan antara panjang tangan dan lilitan lengan terhadap kelajuan kayuhan

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6344
Deposited By: En. Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:07 Sep 2008 05:38
Last Modified:01 Jun 2010 15:41

Repository Staff Only: item control page