Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan pola kadar denyutan jantung semasa perlawanan bola jaring

Hassan, Khalifah Mastura and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2008) Perbandingan pola kadar denyutan jantung semasa perlawanan bola jaring. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

[img]
Preview
PDF
12kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan membandingkan pola kadar denyutan jantung dan peratusan kadar denyutan jantung maksimum atlet bola jaring mengikut posisi semasa satu sesi perlawanan. Seramai 7 orang pemain bola jaring Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat. Kajian ini dibahagikan kepada 2 fasa iaitu Ujian Makmal (Fasa I) dan Perlawanan Simulasi (Fasa II). Bagi Ujian Makmal (Fasa I) subjek berlari sehingga ke tahap kemampuan maksimum di atas treadmill (Bruce Protocol) manakala bagi Fasa II subjek bermain Perlawanan Simulasi. Perlawanan Simulasi dijalankan selama 15 minit untuk dua pusingan dengan sela masa rehat tiga minit di antara kedua-dua pusingan dan kadar denyutan jantung direkodkan setiap kali menjaringkan dan dijaringkan gol. Ujian “One Way ANOVA� digunakan bagi menganalisis perbandingan pola kadar denyutan jantung mengikut posisi pemain semasa perlawanan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:Q Science > QP Physiology
Divisions:Education
ID Code:6340
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:07 Sep 2008 05:20
Last Modified:20 Oct 2017 02:08

Repository Staff Only: item control page