Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan intensiti perlawanan di kalangan pemain bola jaring Universiti Teknologi Malaysia mengikut posisi pemain

Satibi, Ida Haryati and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2008) Perbandingan intensiti perlawanan di kalangan pemain bola jaring Universiti Teknologi Malaysia mengikut posisi pemain. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

[img]
Preview
PDF
12kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membuat perbandingan intensiti perlawanan di kalangan atlit bola jaring mengikut posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan. Subjek kajian terdiri daripada 7 orang pemain bola jaring Universiti Teknologi Malaysia negeri Johor yang bermain mengikut posisi masing-masing. Kajian ini melibatkan 2 fasa pengujian iaitu Ujian Makmal (Fasa I) dan Perlawanan Simulasi (Fasa II). Fasa I melibatkan ujian di dalam makmal di mana subjek dikehendaki berlari di atas treadmill (Protokol Bruce) sehingga mencapai tahap keletihan maksimum, manakala Fasa II melibatkan permainan simulasi di mana subjek bermain mengikut posisi masing-masing dengan pasukan lain dalam tempoh 15 minit untuk 2 pusingan dengan sela masa rehat 3 minit (2 quarter). Dalam kajian ini, intensiti permainan diperolehi menerusi bacaan kadar nadi dan kadar kandungan asid laktik. Hasil dapatan kajian ini dapat menggambarkan intensiti permainan bola jaring mengikut posisi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:Q Science > QP Physiology
Divisions:Education
ID Code:6339
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:07 Sep 2008 05:15
Last Modified:20 Oct 2017 02:07

Repository Staff Only: item control page