Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran terarah kendiri melalui pendekatan pembelajaran berasaskan masalah: pola kajian berkenaan beberapa artikel terpilih

Ibrahim, Mohd. Mokhzani and Arshad, Mohammad Yusof and Rosli, Mohd. Shafie and A. Shukor, Nurbiha (2015) Pembelajaran terarah kendiri melalui pendekatan pembelajaran berasaskan masalah: pola kajian berkenaan beberapa artikel terpilih. In: 2nd International Education Postgraduate Seminar, 20-21 Dec, 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
509kB

Abstract

Pembelajaran terarah kendiri merupakan antara elemen penting dalam implementasi pendekatan pembelajaran berasaskan masalah. Sehubungan itu, sebanyak tujuh artikel dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu melalui pengkalan data ISI Web Of Science. Artikel-artikel tersebut dianalisis dalam menjawab tiga persoalan kajian iaitu (i) Apakah pemilihan sampel bagi kesemua kajian? (ii) Apakah pemilihan reka bentuk kajian yang digunakan dalam kesemua kajian?(iii) Apakah persamaan dan perbezaan intipati dan dapatan bagi kesemua kajian?Melalui analisis yang dijalankan didapati sebahagian besar kajian menggunakan reka bentuk kajian kes dan reka bentuk kajian eksperimen. Selain itu, pemilihan sampel bagi kebanyakan kajian tertumpu kepada pelajar jurusan perubatan serta fokus atau isu yang diketengahkan adalah dalam melihat faktor dan kesan implementasi pendekatan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pembelajaran terarah kendiri.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran terarah kendiri
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:63359
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:24 May 2017 03:38
Last Modified:20 Aug 2017 03:44

Repository Staff Only: item control page