Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesedaran pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan rubu’ mujayyab : kes kajian Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar

Zainon, Othman and Abd. Razak, Azizan (2015) Kesedaran pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan rubu’ mujayyab : kes kajian Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar. In: International Conference on Astronomy in the Muslim World 2015 (ICAMW 2015), 19-20 Nov, 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://coe.uniten.edu.my/falak/

Abstract

Perkembangan pesat dunia astronomi telah dipacu oleh rasa keingintahuan manusia tentang alam samawi yang terus berkembang. Perkara ini telah mendorong pengembangan dan peningkatan banyak peralatan astronomi. Kaum muslimin banyak membuat inovasi yang begitu penting, seperti mencipta peralatan mencerap antaranya astrolab, rubu’ mujjayab (quadrant sinus), tongkat istiwa, al mizwalah dan lain-lain. Sebagai alat pendukung dan popular suatu ketika dulu, kini rubu’ mujayyab mulai lenyap ditengelam oleh kemajuan zaman. Padahal di dalam sebuah rubu’ mujayyab tersebut tersimpan khazanah keilmuan yang patut digali, dihormati, serta dikembangkan, sehingga ramai generasi muda yang mengerti tentang kemuajuan ilmu pengetahuan yang telah dikembangkan oleh ilmuan muslim terdahulu. Namun, sejauh manakah tahap kesedaran para pelajar sekolah menengah di Malaysia mengenai kewujudan dan penggunaan rubu’ mujayyab pada masa kini. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan tahap kesedaran para pelajar sekolah menengah terhadap kewujudan dan penggunaan rubu’ mujjayab. Seramai 100 orang responden dari Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar, Johor telah diminta untuk menjawab soalan soal selidik yang diberikan. Hasil kajian mendapati sekitar 40% responden mengetahui dan mengenali nama dan penggunaan rubu’ mujayyab.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:rubu’ mujayyab, quadrant sinus
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:63263
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:30 May 2017 02:30
Last Modified:30 May 2017 02:30

Repository Staff Only: item control page