Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesedaran mahasiswa geomatik institusi pengajian tinggi awam terhadap ilmu astronomi

Abd. Razak, Azizan and Nik Mahmood, Nik Hasnaa and Masrom, Maslin and Murad, Siti Zaleha (2015) Kesedaran mahasiswa geomatik institusi pengajian tinggi awam terhadap ilmu astronomi. In: International Conference on Astronomy in the Muslim World 2015 (ICAMW 2015), 19-22 Nov, 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://coe.uniten.edu.my/falak/

Abstract

Geomatik merupakan disiplin ilmu yang menggunakan pelbagai peralatan pengukuran bagi menjelaskan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penentuaan sesuatu kedudukan di atas muka bumi. Salah satu kursus yang ditawarkan dalam bidang Geomatik adalah Astronomi Lapangan. Bidang ini boleh menentukan kedudukan-kedudukan di bumi dengan melakukan cerapan dan perhitungan kepada jasad-jasad samawi seperti matahari, bulan dan bintang. Kedudukan di muka bumi ditentukan dengan menghitung nilai-nilai latitud, longitud, altitud, azimut dan masa. Kursus Astronomi Lapangan ini merupakan kursus asas di universiti awam dan politeknik yang menawarkan program Geomatik di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengetahui sejauh mana tahap kesedaran mahasiswa Geomatik terhadap ilmu astronomi yang telah dipelajari di institusi pengajian masing-masing. Kajian awalan ini telah melibatkan seramai 46 responden yang terdiri daripada mahasiswa Diploma dan Ijazah Sarjana Muda tahun 2 hingga tahun 4. Hasil kajian menunjukkan para mahasiswa geomatik mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan mengetahui ilmu astronomi. Namun, lebih 75% responden atau skor min antara 3.74 hingga 4.07 dan sisihan piawai antara 0.742 hingga 0.953, menyatakan bahawa ilmu astronomi ini amat sukar untuk difahami.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:ilmu astronomi, geomatik
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G70.212-70.215 Geographic information system
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:63262
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:30 May 2017 02:29
Last Modified:30 May 2017 02:29

Repository Staff Only: item control page