Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan pendidikan ilmu astronomi islam di Universiti Teknologi Malaysia

Zainon, Othman and Che Awang, Mohamad Saupi (2015) Pembangunan pendidikan ilmu astronomi islam di Universiti Teknologi Malaysia. In: International Conference on Astronomy in the Muslim World 2015 (ICAMW 2015), 19-22 Nov, 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://coe.uniten.edu.my/falak/

Abstract

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah universiti awam yang banyak melahirkan ilmuan dalam pelbagai bidang profesional berlatar belakang kejuruteraan, teknologi dan sains. Salah satu bidang profesional tersebut adalah bidang Kejuruteraan Geomatik (sebelum ini dikenali sebagai Ukur Tanah atau Land Surveying). Sumbangan pengajian ukur tanah kepada kemajuan ilmu astronomi dan falak syarie telah lama bermula sejak awal 1970an lagi. Lepasan graduan ukur tanah UTM yang berkhidmat di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara (JUPEM) adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan aktiviti astronomi dan falak syarie di Malaysia seperti penentuan azimuth bagi garis dasar jaringan kawalan pemetaan, penetapan arah Qiblat di masjid-masjid dan surau-surau, penyediaan data bagi pengiraan waktu solat, cerapan hilal dan sebagainya. Menyedari akan keperluan untuk memperkembangkan ilmu astronomi dan falak syarie, maka berdasarkan pengalaman kami dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam sains astronomi tadi, kami telah menawarkan kursus astronomi lapangan sebagai kursus teras wajib dan kursus falak syarie sebagai kursus pilihan kepada mahasiswa UTM khususnya mahasiswa kejuruteraan geomatik. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan perkembangan pembangunan pendidikan ilmu astronomi Islam di UTM dari tahun 1990 hingga 2015 di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Hasil kajian menunjukkan UTM masih aktif menjalankan pembangunan pendidikan ilmu astronomi Islam di negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara (JUPEM)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G70.212-70.215 Geographic information system
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:63261
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:30 May 2017 02:29
Last Modified:30 May 2017 02:29

Repository Staff Only: item control page